SISTEM PENGURUSAN TEMPAHAN BERASASKAN WEB (M-BOOKING)

Hasniza Binti Tawyer1*, Hanirah Binti Mohamad Nur1 & Suriati Binti Mustaffa1

1Kolej Komuniti Kota Tinggi



ABSTRACT

Kolej Komuniti Kota Tinggi (KKKT) sangat menitik beratkan dalam pemantapan governan yang responsif dan mampan. Sehubungan dengan itu, matlamat utama pembangunan Sistem Pengurusan Tempahan Berasaskan Web (M-Booking) ini adalah untuk memudahkan staf pentadbiran dan pensyarah KKKT untuk membuat tempahan bilik-bilik khas iaitu bilik masakan, bilik jahitan, bilik mesyuarat dan makmal komputer yang boleh dicapai secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana sahaja oleh pengguna. Ini bagi melancarkan pelaksanaan aktiviti pemudahcara pengajaran dan pembelajaran (PdPc), kursus pendek atau bengkel. Sistem ini merupakan inovasi dalam memudahkan pengurusan tempahan bagi penggunaan bilik-bilik tersebut dalam menyelesaikan isu pertindihan dan pengurusan tempahan. Sistem yang efektif dan efisien ini membantu memudahkan pensyarah untuk membuat tempahan seterusnya merancang pengunaan bilik tersebut. M-Booking dibangunkan dengan mengaplikasikan metod System Development Life Cycle (SDLC), perisian Visual Studio Code (VSCode) dan pangkalan data MySQL. Pengguna boleh membuat semakan dan tempahan penggunaan bilik – bilik khas atau makmal komputer secara atas talian. Oleh itu, isu pertindihan penggunaan bilik-bilik tersebut dan makmal komputer tidak akan berlaku. M-Booking telah diuji lari dalam kalangan staf pentadbiran dan pensyarah KKKT dan mendapat maklum balas positif penggunaan sistem tersebut. Sistem ini mempunyai daya potensi dikembangkan penggunaannya kepada seluruh Kolej Komuniti Malaysia bagi pengurusan tempahan penggunaan bilik-bilik khas, makmal komputer dan bengkel-bengkel agar efektif dan efisien  


Keywords:

Sistem Pengurusan Tempahan, Bilik-bilik Khas Makmal Komputer Kolej Komuniti